LIBERAL ATAU DIKTATOR?
"Orang Melayu secara rohaninya cenderung, sangat toleran dan terlalu santai. Orang Cina pula materialistik, agresif dan mempunyai keinginan kuat bekerja. Untuk kesaksamaan muncul, perlu bahawa kedua dua saling menyesuaikan antara satu sama lain. "
MALAY DILEMMA
(1970)
TDM sememangnya dan seringkali diberi jolokan sebagai keras kepala (recalcitrant), degil, tidak mempedulikan sebarang kritikan dan tidak langsung mahu bertolak ansur.
Ramai kawan dan lawan mendapati TDM cukup berbeza kerana pada suatu masa dahulu, beliau lebih merupakan lambang bagi kritikan membina. Apabila sudah berada di puncak kepimpinan, TDM dilihat enggan menerima sebarang kritikan.
TDM sedar terhadap desas desus tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya. Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak pernah berubah sedikitpun sejak dari kelantangan beliau mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga disingkirkan dari UMNO.
"Apabila saya berada di luar, saya mengkritik dan saya menjangka kerajaan membidas dan menunjukkan di mana saya tersalah, tetapi kritikan saya membina. Yang disebarkan sekarang adalah sejenis manipulasi dan separuh benar."
"Ia tidak menjejaskan saya tetapi menjejaskan keupayaan untuk perlaksanaan perkara perkara baru yang dirancang. Ini yang menyakitkan."
"Saya boleh menerimanya sehingga ke satu tahap, tapi saya tidak akan membiarkan gejala demikian menghalang pembangunan negara ini."
Beliau menambah "Anda harus mengakui bahawa saya lebih liberal daripada kebanyakan Perdana Menteri yang lalu berhubung dengan kritikan. Misalnya apabila saya mengambil alih tugas, saya memberitahu kepada wartawan - kritiklah kami. Saya menganggap itu sebagai satu sistem maklumbalas."
"Kita telah mengeluarkan KDN secara liberal sehingga ada orang mempergunakannya bertentangan dengan yang sepatutnya. Sebilangannya bergantung kepada berita angin, yang kesemuanya tidak sihat untuk negara."
TDM juga menyatakan kerana kesanggupan beliau untuk menjadi lebih liberal, maka sudah banyak akhbar dan majalah dibenarkan oleh KDN setelah beliau menjadi Perdana Menteri.
TDM juga sempat membidas suara suara nyamuk, kerana apa yang dibuat oleh beliau telah pun menunjukkan kesanggupan beliau dikritik dan menerima sebarang kritikan.
"Saya memberitahu menteri menteri agar berhadapan dengan rakyat, naik ke pentas dan jawab soalan soalan. Ini tidak pernah dilakukan dahulu."
"Saya telah mendedahkan diri saya apabila datang ke sini, tetapi kritikan haruslah membina."
"Anda melihat aneka macam lembaga khayalan disebalik perkara perkara biasa dan ini menjejaskan usaha usaha untuk membina negara. Ini saya tidak dapat biarkan."
TDM sempat menoleh kebelakang dan berkongsi pengalaman beliau sewaktu menjadi pengkritik di zaman Tun Abdul Razak.
"Pada zaman Tun Abdul Razak mereka menerima kritikan saya dan melaksanakannya kerana saya mengemukakan idea idea tentang apa yang harus dilakukan."
"Saya tidak mengatakan - Anda Salah!. Dan apabila di minta menyarankan rumusan yang mungkin sesuai, saya tidak menjawab - Itu Urusan Anda!. Saya boleh sekadar berkata anda silap"
"Tetapi mereka sekarang yang mengkritik ini tanpa alasan. Ini dapat saya terima, tetapi saya berhak pula menjawab. Kenapa saya tidak harus menjawab?"
"Ada orang berkata saya tidak wajar berbuat demikian. Tetapi kalau saya tidak bertindak demikian, perkara ini akan berterusan."
Saturday, August 28, 2010
Saturday, May 22, 2010
RANJAU POLITIK TUN DR MAHATHIR - Siri 4: SIAPA DIA MAHATHIR
PENGKRITIK DIKRITIK
"Saya telah sentiasa bersedia untuk mengharungi semua ini. Jadi biarlah saya mencuba untuk mengatasinya dengan apa cara yang terdaya bagi saya. Kalau saya berjaya melaksanakan walau sebahagian daripada apa yang saya mahu laksanakan, maka itu sudah cukup memuaskan. Kalau saya gagal, saya berpuashati kerana telah mencuba. Jadi kalau kita berjaya. Itulah dia"
TUN DR MAHATHIR
(1987)
TDM memang tidak mengendahkan dengan kritikan dengan apa yang diusahakannya. Kritikan kritikan sumbang langsung tidak menyekat tindakan beliau. Sebaliknya beliau puas dengan puas kerana mencapai tujuan walaupun dikritik. Dengan kata lain, TDM sama seperti 'lightning arrestor', dengan kuasa magnet menarik kritikan. Beliau telah berada di pusaran penyebaran berita angin.
TDM dengan sinis mengandaikan kritikan kritikan tersebut sebagai satu ciri asas khususnya masyarakat Melayu yang menyanjung tinggi golongan tertindas tetapi tidak dapat menerima sesiapa di kedudukan tinggi terutama di puncak pentadbiran.
Kata beliau "... Orang orang kita menggunakan lebih banyak masa untuk bercakap dan membahaskan daripada melakukannya, sama seperti gambaran tentang ketam ketam yang leka berusaha mementukan tiada ketam yang sampai ke atas ..."
Beliau menambah "... Apabila saya menjadi pihak tertindas, Demi Allh, saya merupakan orang yang paling popular. Tidak ada yang saya lakukan dikatakan salah. Orang suka melihat kita menjadi wira tetapi wira yang kalah dan terbuang. Mereka tidak suka melihat hero yang naik. Apabila kita naik, proses menarik kita kebawah bermula, itulah yang saya sedari ..."
Maka lahirlah isu rasuah dan penyiasatan untuk mengesan rasuah disetiap peringkat yang diusahakan oleh beliau." ... Sesiapa sahaja yang berjaya kini menjadi kawan kita. Mereka berjaya kerana kita. Hakikat mereka ini sudah berjaya malah sebelum mengenali kita sama sekali dilupakan ..." rumus TDM.
Satu lagi kririkan pedas terhadap beliau adalah suka melahirkan terlalu banyak musuh kerana bergerak terlalu pantas, memperkenalkan dasar dasar baru yang tidak dipersetujui oleh orang lain dan tegas menggegarkan pegawai pegawai atasan perkhidmatan awam yang berselindung disebalik kelesuan birokrasi.
Beliau menambah "... Saya sedar saya melahirkan banyak musush musuh. Saya tidak ada pilihan. Sama ada saya datang kesini dan duduk bersenang lenang serta baik kepada semua orang dan tidak berbuat apa apa, atau berusaha melakukan sesuatu sekalipun dengan berbuat demikian menjadi tidak popular. Saya tidak fikir yang saya akan kekal selamanya disini. Saya fikir tidaklah selamanya saya tidak popular, jadi tidak menjadi hal selagi saya mencapai sesuatu, tidak mengapa kalau saya tidak popular, malah kalau dipecat sekalipun tidak menjadi soal kepada saya ..."
Secara relatif, ada dua sudut untuk melihat kritikan kepada TDM. Timbul satu benteng 'condon sanitaire' (yang bekiau sebutkan sebagai 'condon insanitaire') yang harus dilalui oleh konsep, dasar dan idea TDM sebelum sampai kepada majoriti rakyat. Tetapi disebabkan beliau sering berlainan pendapat dengan para pengkritik, akibatnya beliau menimbulkan tentangan dari rakyat sendiri. Lebih mengecewakan adalah mesej beliau tidak sampai kepada rakyat.
TDM menyedari hakikat itu namun tidak sesekali beliau berpatah balik atau berhenti. Beliau mengaitkan masalah ini dengan satu kelemahan didalam masyarakat. " ... Saya sedar di Malaysia lebih banyak masa digunakan untuk membahaskan baik buruk sesebuah rancangan, bukan perlaksanaan rancangan itu. Apabila kita mahu melakukan sesuatu, kita dapati ada beberapa orang tiba tiba amat mengetahui tentang apa yang kita hendak lakukan, malah cuba mentafsirkan kita sebelum kita dapat mentafsirkan diri sendiri. Mereka mempunyai banyak alasan kenapa itu tidak harus dilakukan. Itu tidak penting ...". Beliau sebenarnya menempelak bekas timbalan beliau Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan juak juak pembangkang yang terlalu banyak bercakap tanpa berfikir untuk berusaha.
Beliau menempelak lagi dengan merumuskan "... Katakanlah kalau hari ini saya telah memutuskan kita tidak harus mengeluarkan kereta di negara ini kerana tidak menjimatkan, membazir, saya yakin lebih ramai ahli politik dan akademik akan menulis rencana berjela jela panjangnya memberi alasan kenapa kita harus mengeluarkan kereta sendiri. Ini sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Ini bukan perkara peribadi. Ini sekadar menunjukkan diri seseorang itu lebih bijak daripada orang lain ..."

RANJAU POLITIK TUN DR MHATHIR - Siri 3: SIAPA DIA MAHATHIR
PESANAN SEORANG DOKTOR
"Saya kagum dengan Winston Churchill dalam cara dia mengendalikan peperangan namun dikalangan ahli politik, saya boleh katakan Tun Razak mempunyai pengaruh kuat ke atas diri saya"
TUN DR MAHATHIR
( 1986 )
Beliau memang terkenal sebagai penggemar nasi kandar, makanan berkhasiat disediakan dengan nasi dan kari. Makanan lain kegemarannya termasuk sotong dan telur. Namun kesemua itu sudah ditinggalkan sejak beliau diserang 'heart attack' pada Januari 1989. Sejak dari itu, seorang doktor peribadi yang cukup intim dengan beliau mengawasi pemakanannya, siapa lagi jika bukan Tun Dr Siti Hasmah.
TDM pernah berseloroh "... Dr Siti Hasmah sentiasa memerhati dari belakang saya apabila saya makan. Dia memberitahu saya tidak boleh makan itu, saya tidak boleh makan ini ..."
Mungkin benar jika dikatakan pesanan doktor peribadi beliau menjadi bukti kecekapannya memperkemaskan parti dan aliran perjalanan politik kerana jagaan Dr Siti Hasmah selama 34 tahun.
" ... Hadirnya isteri disamping saya adalah suatu bentuk kerehatan ..." kata TDM.
Seorang veteran politik pernah berkata " ... Wujud perasan saling hormat menghormati dan sokongan yang begitu rapat di antara mereka ..."
Kedua dua pasangan ini bertemu semasa mengikuti pengajian perubatan di Universiti Malaya pada akhir tahun 1940. Sekalipun TDM sudah meninggalkan professionnya, Dr Siti Hasmah menempa nama dalam bidang pentadbiran perubatan dan perancangan keluarga. Dr Siti Hasmah sering mengikuti jejak TDM dan bergerak cergas dalam pelbagai kegiatan kebajikan di Malaysia dan diluar.
Pernah timbul spekulasi dan surat khabar tabloid hasil dari suara sumbang juak juak pembangkang dan di dalam UMNO sendiri sekitar tahun 1987 kononnya kedua dua telah berpisah sewaktu kemuncak krisis UMNO tahun tersebut.
Beberapa hari kemudian, tabloid berkenaan ditempelak apabila Utusan Malaysia menyiarkan gambar TDM dan isterinya di Jepun dimana Marina Mahathir baru sahaja melahirkan seorang cucu kepada kedua pasangan tersebut.
Seorang pemimpin UMNO menyebut "... Dr Mahathir menikmati kehidupan keluarga (rumahtangga) yang tenang serta bahagia dan ini bukti suatu kepimpinan yang stabil ..."

Monday, April 5, 2010
RANJAU POLITIK TUN DR MAHATHIR - siri 2 : SIAPA DIA MAHATHIR

Beliau mula bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri pada Oktober 1986 dan sebagai langkah pertama beliau adalah memulihkan jiwa negara dari ancaman dadah. Pendirian beliau inilah yang antara faktor beliau dilantik menjadi Pengerusi Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dadah) di Vienna, Austria pada akhir Jun 1987.
Isterinya Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wakil Malaysia yang berucap di satu sidang pleno mengenai ancaman dadah. Usaha beliau diiktiraf oleh First Lady Nancy Reagan yang mempelawa Dr Siti Hasmah beserta 16 lagi isteri-isteri Perdana Menteri dan Presiden ke satu sidang Wanita-Wanita Pertama berkenaan dadah di White House, Washington pada April 1985.
Tidak dinafikan TDM adalah pemimpin paling efisyen bertindak dibawah tekanan, keras hati dan berterus terang. Tiada siapa berani menentang beliau apabila melakukan sesuatu yang betul. TDM akan menghancurkan penentangnya tidak kira Menteri-Menteri kabinetnya sendiri mahupun pemimpin-pemimpin dunia.
"Sekiranya kita mempunyai keputusan yang melibatkan kajian terperinci, kita terpaksa memilih salah satu daripadanya. Dengan itu kita akan merasa bertanggungjawab dan lebih melihat. Tidak ada jalan keluar. Pada saat demikian pasti terasa sunyi. Saya merasa saya mempunyai ramai orang yang memberi sokongan. Saya dapat bekerja dengan kebanyakan orang-orang ini. Saya mempunyai hubungan peribadi yang mudah dan saya bukanlah seorang yang susah bergaul. kalau perlu saya dapat melayan semua orang berjam-jam" kata beliau.
TDM sentiasa merasakan beliau tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak. Beliau mengambil alih jawatn Perdana Menteri pada usia 56 tahun.
"Saya tidak tahu berapa lama saya berada disini. Kalau kita terpaksa menunggu setiap orang bersetuju dengan kita sebelum memulakan sesuatu, tidak ada satu pun yang dapat dilaksanakan. Kita boleh menunggu dan mengekalkan keadaan status quo, tapi itu bukan kepimpinan sebenar"

Salah satu nilai yang paling menonjol pada diri beliau ialah kecekapan berpolitik. Kamaruzaman 'Kip' Bahadun, bekas Setiausaha Kerja UMNO menerangkan TDM hanya tenang dan tidak menunjukkan sebarang emosi sewaktu beliau dan Ghafar Baba menang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada malam 26 April 1987. Kehebatan cabaran dari puak Razaleigh-Musa Hitam ( TEAM B ) tidak menggusarkan beliau. TDM adalah seorang individu yang bijak mengawal diri dan emosi. Kata seorang ahli akademik yang pernah beberapa kali bekerja dengan Perdana Menteri, "BELIAU MACAM IKAN BEKU".
bersambung
Thursday, April 1, 2010
RANJAU POLITIK TUN DR MAHATHIR - siri 1 : SIAPA DIA MAHATHIR
"Saya sering menceritakan kisah ketam-ketam yang dijual di Isle of Man. Saya memerhatikan ketam-ketam itu berbaris ke benteng laut. Tiba-tiba ketam memenuhi persekitaran dan ada di antaranya cuba mendaki benteng.
Saya menegur lelaki itu - sekiranya anda tidak berhati-hati, ketam-ketam itu akan mendaki benteng dan kembali ke laut. Tetapi lelaki itu berkata "TIDAK MUNGKIN. Sebelum seekor ketam dapat melintasi benteng, ketam yang lain akan menariknya ke bawah"
Terfikirlah saya, saya adalah ketam yang di atas dan kini setiap orang cuba sedaya upaya untuk menarik saya kebawah. Dan percayalah, sesiapa sahaja akan menerima layanan serupa"
TUN DR MAHATHIR
( 1984 )

Seorang individu yang penyendiri, hampir-hampir pemalu dan pendiam tetapi berterus terang, tegas, berani lagi teliti. Inilah dilema beliau, malah rakan-rakan juga tidak sepakat tentang siapa sebenar Tun Dr Mahathir (TDM).
Beliau dilihat sebagai seorang yang penuh dengan perubahan namun kekal sebagai individu kuat berpegang kepada prinsip. Mempunyai pandangan dan persepsi yang mendalam yang melayakkan dirinya mengendalikan kerumitan yang menjadi ciri khusus Malaysia. Secara senyap beliau meletakkan asas bagi Malaysia mempeolehi kedudukan sewajarnya di mata dunia.
TDM menghadapi tugas rumit memimpin rakyat ke arah yang betul tentang perlunya mengubah sikap untuk menjadikan Malaysia lebih maju. Dasar Pandang ke Timur berkenaan etika kerja dan kaedah pengurusan beserta kempen Bersih, Cekap dan Amanah adalah petanda penting visi beliau.
"Kejayaan bukan mudah dicapai. Kepala perlu dihantukkan ke dinding sebelum dinding dapat dipecahkan ... atau mungkin kepala itu yang pecah. Saya rasa kita harus bertindak demikian. Saya tidak percaya kita harus mengalah"
TDM memang tidak bernasib baik ketika beliau mengambil alih pentadbiran ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi paling buruk sejak 1932. "Kuncinya ialah kek ekonomi" kata pakar ekonomi "dan apabila kek semakin kecil, rakyat akan melepaskan kekecewaan ke tempat lain".
Dan sasarannya tentulah TDM ...
Pendapat seorang veteran UMNO "Politik kita sekian lama terselindung, amat sederhana, macam persembahan wayang kulit yang biasa ditonton. Mahathirlah yang memulakan pendekatn berterus terang dan terbuka ini."
"Beliau tampil penuh dengan idea-idea untuk perubahan. Perdana-Perdana Menteri lalu biasanya membiarkan sahaja perkhidmatan awam memilih jalan sendiri dan tidak menimbulkan kontroversi. Tetapi Dr Mahathir tidak demikian. BELIAU GEGARKAN SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM. Apakah yang anda akan jangkakan"
Seorang wartawan asing dari REUTERS teringat suatu pagi bulan Ogos 1986 jam 4.00 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra yang jelas kemenangan besar berpihak kepada Barisan Nasional (BN) - Pilihanraya Umum 1986.
Wartawan tersebut berkata "Di situ hadir seseorang yang seharusnya berasa terbukti kemenangannya kerana ada jangkaan BN akan kalah. Maksud saya, beliau patut kelihatan gembira"
Tetapi tidak Dr Mahathir. Menurut wartawan itu, TDM kelihatan tenang seperti AIR BATU. Bolehlah dirumuskan bahawa TDM adalah Perdana Menteri yang paling banyak di analisa, dikaji dan yang paling kontroversial.

Datuk Alex Lee pernah dengan nada kesal bersetuju "Apabila berhubung dengan peruntukan kerusi di antara MCA dan Gerakan, selalunya beliau menyebelahi MCA, bukan kerana itu yang betul tetapi lebih kepada tradisi. Anda tahu, demikianlah tradisi Perikatan dahulu"
Menteri Kewangan pertama Tun H.S.Lee pernah menyifatkan Tunku Abdul Rahman sebagai suatu kes klasik tangan besi bersalut sutera. namun TDM adalah sebaliknya. "Beliau menunjukkan ketegasan, jadi orang ketakutan oleh sikap itu. Mereka mendapati sulit untuk mendekati beliau. Mungkin beliau perlu menyembunyikan tangan yang lembut itu".

Friday, January 22, 2010
Ke Mana Arah Tuju UMNO
Kegagalan UMNO menangani aspirasi produk DEB kerana mengambil mudah bahawa meraka patut terhutang budi dengan UMNO secara automatik akan membeikan sokongan padu kepada UMNO.
Tanggapan ini hampir menyebabkan musibah selepas PRU12. UMNO ketika itu berhadapan dengan krisis orang Melayu terpelajar hasil dari produk DEB yang bukan sahaja merasakan tidak terhutang budi kepada UMNO malah tidak teruja dengan UMNO.
UMNO perlu terus menagmbil sikap berpandangan jauh dalam proses pembaharuan serta perubahan supaya relevan kepada aspirasi MELAYU
Malangnya, Golongan yang lahir selepas era 1970 an tidak lagi terimbau dengan jasa UMNO.
Bagi mereka, kejayaan yang lahir tiada kaitan langsung dengan UMNO. Bahkan menganggap lahir dengan kerja keras dan ilmu pengetahuan sendiri.
Bagaimana pula dengan pandangan bahawa UMNO kini tidak lagi memperjuangkan nasib orang Melayu.
UMNO telah berjuang untuk menegak agama, bangsa dan tanah air dan penjajah tahu apa yang orang Melayu mahu dari kemerdekaan.
Apa yang diberi oleh penjajah adalah PERLEMBAGAAN yang dibekalkan di dalamnya peruntukan-peruntukan pampasan yang tidak terhingga nilainya sebagai ganti rugi kedudukan orang Melayu yang telah sanggup melepas ketuanan mutlak ke atas negeri negeri Tanah Melayu.
Oleh kerana penjajah mahu menjamin supaya warisan bangsa Melayu tidak hilang dan supaya orang Melayu dapat hidup bermaruah di tanah air sendiri, maka hak-hak istimewa dimaktubkan dalam PERLEMBAGAAN.
UMNO sebenarnya perlu menerap pengertian positif terhadap peruntukan PERLEMBAGAAN terhadap rakyat. Anak-anak MALAYSIA perlu terlebih dahulu diajar sejarah Malaysia dalam memupuk perpaduan antara kaum.
Kaum kaum lain yang terpelajar yang 'sesat' tidah harus didiskriminasi. Meraka ini menggunakan diskriminasi dalam erti kata negatif bagi menyatakan Melayu tidak patut dilayan lebih dari mereka.
Puak-puak ini sebenarnya sesat dalam ilmu sejarah kerana tidak dapat melihat kepada warisan Melayu dalam hak-hak istimewa orang Melayu yang kedudukannya berbeza dengan datuk nenek moyang mereka.
UMNO sebenarnya simpati dengan mereka yang mahu kepada kesamarataan tetapi mereka harus ingat, pusaka tetap pusaka dan tidak boleh disamaratakan sebarangan pihak.
Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah pendirian sesat. Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah perbuatan tidak mahu mengakui gantirugi sah, jelas, terhormat dan terbuka yang diakui semua kaum apabila dokumen PERLEMBAGAAN dan PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN diterima oleh semua kaum.
UMNO perlu kembali menjadi golongan aspirasi kembali golongan menengah, prihatin terhadap kehendak, kepentingan serta berupaya menangkap imaginasi mereka.
Apakah UMNO sudah berjaya dalam menjadikan orang Melayu golongan berada disamping kaum-kaum lain. Renungkan fakta pada hari ini, 10 orang terkaya di Mqalaysia yang memegang nilai terkumpul 32& ekuiti negara yang ada 26 juta penduduk; cuma 2 orang daripada 10 adalah orabg Melayu.
UMNO masih jauh dalam mencapai misi untuk menjadikan orang Melayu sebagai 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' bersama kaum kaum lain. UMNO perlu sentiasa relevan dalam mencari kaedah yang sesuai dalam menaiktaraf ekonomi orang Melayu.
UMNO perlu menggalakkan golongan golongan Melayu supaya dapat berfikir secara matang dengan peluang dan ilmu pengetahuan yang ada. Gejala kurang berfikir dan gemar mengikut emosi amat membahayakan masa depan orang Melayu.
Pemimpin pemimpin UMNO mahu dari peringkat tertinggi sehinggalah kepada ahli ahli biasa sebenarnya perlu membuka mata dan telinga dalam menyelami masalah dan keluhan orang Melayu.
Sebenarnya cukup mudah untuk menarik perhatian orang Melayu. 'Pandang, Dengar dan Akur' kepada masalah dan keluhan orang Melayu.
Letakkan disebelah perjuangan mencari nama dan tempat dalam barisan UMNO. Kerana itulah ungkapan dibawah sebenarnya cukup cukup relevan ...
Rakyat DiDahulukan
Pencapaian DiUtamakan

Saturday, January 2, 2010
Salam Pengenalan
Salam Buat Anda
Ini merupakan blog pertama saya dilancarkan buat tatapan umum. Anda dijemput memberi komen, pendapat, ulasan sebagai landasan bagi kita bertukar tukar pandangan...
setiap penulisan, tidak ada sekatan 'censorship' yang akan dikenakan. Diminta blogger tidak menggunakan perkataan lucah, maki hamun sebagai tanda protes.
'Blogging' dengan cara yang sihat, pasti akan menambah ilmu pengetahuan. Ingatlah, berbeza pendapat adalah kawan yang baik.
Nantikan topik pertama yang akan saya lancarkan
SELAMAT BLOGGING

Subscribe to:
Posts (Atom)