LIBERAL ATAU DIKTATOR?
"Orang Melayu secara rohaninya cenderung, sangat toleran dan terlalu santai. Orang Cina pula materialistik, agresif dan mempunyai keinginan kuat bekerja. Untuk kesaksamaan muncul, perlu bahawa kedua dua saling menyesuaikan antara satu sama lain. "
MALAY DILEMMA
(1970)
TDM sememangnya dan seringkali diberi jolokan sebagai keras kepala (recalcitrant), degil, tidak mempedulikan sebarang kritikan dan tidak langsung mahu bertolak ansur.
Ramai kawan dan lawan mendapati TDM cukup berbeza kerana pada suatu masa dahulu, beliau lebih merupakan lambang bagi kritikan membina. Apabila sudah berada di puncak kepimpinan, TDM dilihat enggan menerima sebarang kritikan.
TDM sedar terhadap desas desus tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya. Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak pernah berubah sedikitpun sejak dari kelantangan beliau mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga disingkirkan dari UMNO.
"Apabila saya berada di luar, saya mengkritik dan saya menjangka kerajaan membidas dan menunjukkan di mana saya tersalah, tetapi kritikan saya membina. Yang disebarkan sekarang adalah sejenis manipulasi dan separuh benar."
"Ia tidak menjejaskan saya tetapi menjejaskan keupayaan untuk perlaksanaan perkara perkara baru yang dirancang. Ini yang menyakitkan."
"Saya boleh menerimanya sehingga ke satu tahap, tapi saya tidak akan membiarkan gejala demikian menghalang pembangunan negara ini."
Beliau menambah "Anda harus mengakui bahawa saya lebih liberal daripada kebanyakan Perdana Menteri yang lalu berhubung dengan kritikan. Misalnya apabila saya mengambil alih tugas, saya memberitahu kepada wartawan - kritiklah kami. Saya menganggap itu sebagai satu sistem maklumbalas."
"Kita telah mengeluarkan KDN secara liberal sehingga ada orang mempergunakannya bertentangan dengan yang sepatutnya. Sebilangannya bergantung kepada berita angin, yang kesemuanya tidak sihat untuk negara."
TDM juga menyatakan kerana kesanggupan beliau untuk menjadi lebih liberal, maka sudah banyak akhbar dan majalah dibenarkan oleh KDN setelah beliau menjadi Perdana Menteri.
TDM juga sempat membidas suara suara nyamuk, kerana apa yang dibuat oleh beliau telah pun menunjukkan kesanggupan beliau dikritik dan menerima sebarang kritikan.
"Saya memberitahu menteri menteri agar berhadapan dengan rakyat, naik ke pentas dan jawab soalan soalan. Ini tidak pernah dilakukan dahulu."
"Saya telah mendedahkan diri saya apabila datang ke sini, tetapi kritikan haruslah membina."
"Anda melihat aneka macam lembaga khayalan disebalik perkara perkara biasa dan ini menjejaskan usaha usaha untuk membina negara. Ini saya tidak dapat biarkan."
TDM sempat menoleh kebelakang dan berkongsi pengalaman beliau sewaktu menjadi pengkritik di zaman Tun Abdul Razak.
"Pada zaman Tun Abdul Razak mereka menerima kritikan saya dan melaksanakannya kerana saya mengemukakan idea idea tentang apa yang harus dilakukan."
"Saya tidak mengatakan - Anda Salah!. Dan apabila di minta menyarankan rumusan yang mungkin sesuai, saya tidak menjawab - Itu Urusan Anda!. Saya boleh sekadar berkata anda silap"
"Tetapi mereka sekarang yang mengkritik ini tanpa alasan. Ini dapat saya terima, tetapi saya berhak pula menjawab. Kenapa saya tidak harus menjawab?"
"Ada orang berkata saya tidak wajar berbuat demikian. Tetapi kalau saya tidak bertindak demikian, perkara ini akan berterusan."

0 comments:
Post a Comment